KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini mencemar duli merasmikan penamaan semula Masjid Jamek kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.
“Beta dengan ini berkenan untuk merasmikan penamaan semula Masjid Jamek kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad,” titahnya.
Baginda diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu, Â Tengku Adnan dalam kenyataannya berkata, langkah penamaan swmula ini sebagai satu inisiatif dalam memelihara khazanah negara yang merupakan salah satu ikon pelancongan di negara ini. -MalaysiaGazette