Home Seni Hidup Ebit Lew ziarah Bob Lokman di Kelantan

Ebit Lew ziarah Bob Lokman di Kelantan

Ebit Lew menziarahi Bob Lokman baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tersebar berita tentang tahap kesihatan pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman yang kini merudum akibat sakit jantung yang dihadapinya.

Beliau juga kini memerlukan dana sebanyak RM60,000 untuk membeli alat kawal degupan jantung.

Prihatin dengan perkembangan terkini anak seni itu, pendakwah bebas Ebit Lew semalam meluangkan masa menziarahi Bob Lokman di Kubang Kerian, Kelantan.

Ebit meluahkan rasa terharunya dengan keadaan artis berkenaan yang memerlukan bantuan kerana dilaporkan hari ini bakal menjalani pembedahan jantung.

“Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya, katanya.
Kata Bob, beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah.

“Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi,” katanya menerusi Facebook.

Paling menyedihkan apabila Bob Lokman memohonnya menyampaikan kepada semua permohonan maafnya sekiranya pernah melakukan kekhilafan.

“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah,” kata Ebit.

Sebelum itu, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) mengumumkan mengadakan program Amal Live FB bagi mengumpul dana membantu Bob Lokman yang menderita akibat sakit jantung.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bob Lokman perlu RM60,000 untuk beli alat kawal degupan jantung