TERKINI : Polis Tahan 10 Suspek Kes Samun dan Tetak Di Banglo Taman Tiara

KUALA LUMPUR – Tindakan penyamun yang mencampak dompet dengan kad pengenalan mangsa berhampiran sebuah banglo di Taman Tiara Titiwangsa di sini akhirnya memakan diri.

Ini kerana isteri mangsa kejadian pertama dan keluarga mangsa samun kedua berjaya mengecam wajah kedua-dua penyamun yang tidak bertopeng itu seterusnya membantu polis menahan sekumpulan 10 suspek yang terlibat.