WASHINGTON – Riyadh bersetuju membenarkan pesawat Israel melintasi ruang udaranya dalam perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) setelah perbincangan dilakukan antara Arab Saudi dan Penasihat Kanan White House, Jared Kushner.
Kushner dan wakil Timur Tengah, Avi Berkowitz dan Brian Hook membangkitkan masalah itu sejurus mereka tiba di Arab Saudi untuk perbincangan.
”Kami berjaya menangani masalah ini,” kata sumberĀ pentadbiran Presiden Donald Trump.
Perjanjian itu dilaksanakan beberapa jam sebelum penerbangan komersial pertama Israel ke UAE dirancang pada pagi Selasa.
Penerbangan Israir berisiko untuk dibatalkan jika tanpa perjanjian penerbangan.
Penerbangan secara terus itu adalah hasil perjanjian normalisasi hubungan yang dicapai antara Israel dengan UAE, Bahrain dan Sudan pada tahun ini.
“Kebenaran ini menyelesaikan setiap masalah yang berlaku oleh syarikat penerbangan Israel yang membawa penumpang secara dua hala dari Israel ke UAE dan ke Bahrain,” kata pegawai itu.
Kushner dan pasukannya akan bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman minggu ini, selain pemerintah Kuwait.
Salah satu tujuan pertemuan ini adalah untuk berusaha meyakinkan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk untuk mengakhiri sekatan Qatar selama tiga tahun. – MalaysiaGazette
Kebanyakan negara2 Arab sudah pun maju walaupun tiada kerjasama dengan Israel! Nampaknya usaha mengadu domba agen2 Israel melalui proxy mereka US telah pun berjaya!
Yang sengsara tidak terbela adalah rakyat Palestine.