Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya hari ini tampil memohon maaf kepada Dewan Rakyat atas kesilapan yang tidak disengajakan semalam.
Katanya, beliau tidak mempunyai apa-apa niat untuk mengelirukan dewan semasa proses pengiraan undian belah bahagian itu.