ANKARA – Lima maut termasuk dua remaja dan seorang kanak-kanak selepas terkena renjatan elektrik di sebuah kolam taman air di barat laut Turki, menurut laporan media tempatan.
Tiga kanak-kanak itu terperangkap dalam arus elektrik di kolam renang di bandar Akyazi, di wilayah Sakarya.
Pengurus taman dan anaknya pula terbunuh apabila mereka melompat ke kolam renang ketika cuba menyelamatkan kanak-kanak yang tergelincir, demikian menurut agensi berita swasta Dogan.
Kesemua mereka dibawa ke hospital di Akyazi, tetapi tidak dapat diselamatkan.
Televisyen NTV pula melaporkan, mereka yang maut itu adalah kanak-kanak berusia 12, 15 dan 17 tahun.
Punca nahas sedang disiasat. – MalaysiaGazette