KUALA LUMPUR – Spices & Seasonings Specialities Sdn. Bhd., pengeluar mi segera jenama Ibumie melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyumbang barangan digital kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Intan Baiduri di sini baru-baru ini.
Sumbangan itu terdiri daripada 20 unit komputer, dua unit televisyen interaktif dan empat unit projektor kepada sekolah berkenaan.
Majlis penyerahan barangan disempurnakan Pengurus Pemasaran Spices & Seasonings Specialies Sdn. Bhd., Debbie Teh baru-baru ini.
Hadir sama, Guru Besar SK Intan Baiduri, Norzita Osman dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) sekolah itu, Llyod Daven Wales.
Sumbangan itu bertujuan membantu pengurusan sekolah memperkasakan Pendidikan ICT kepada murid-murid sekolah terbabit akibat daripada krisis global penularan wabak Covid-19.
Pada masa yang sama, ia juga membantu guru melengkapkan diri dengan penguasaan dalam teknologi digital dan menguasai ilmu berkaitan e-learning untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.
Sementara itu, Norzita mengucapkan terima kasih kepada Spice & Seasoning Specialies Sdn. Bhd. dan terharu dengan sumbangan yang diberikan.
Katanya lagi, ia merupakan sinar baharu kepada para pelajar-pelajar dan juga pihak pengurusan di sekolah tersebut.- MalaysiaGazette