MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan di Kelantan ia melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu daerah yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
“Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku terutamanya di kawasan pantai di negeri-negeri pantai timur Semenanjung,” menurut kenyataan itu.
Turut mengalami keadaan cuaca itu ialah kawasan pedalaman Pahang, barat Sabah dan barat Sarawak yang berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.
Selain itu, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km/jam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh tersebut yang boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit. – MalaysiaGazette