KUALA LUMPUR – Sekiranya proses undian percaya yang berlaku semalam adalah melibatkan jawatan Menteri Besar Perak semata-mata, maka jawatan itu harus terus disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut bekas Exco Armada Bersatu, Muzzammil Ismail, parti itu harus diberikan tanggungjawab untuk terus memegang jawatan itu biarpun Timbalan Presiden parti itu sudah ditolak oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, semalam.
“Sepatutnya calon Menteri Besar Perak yang baharu mesti dalam kalangan ADUN Bersatu juga.
“Ini demi kesepakatan MN – PN dan juga semangat setia kawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemelut politik yang berlaku diĀ Perak yang menyaksikan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang jawatan itu apabila undi percaya tidak memihak kepada beliau.
Untuk rekod, sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.
Muzzammil yang juga Presiden Angkatan Baru Malaysia menasihatkan semua pihak di negeri itu agar tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak dek kerana kuasa.
“Usul undi percaya yang berlaku pada hari ini telah menguji tahap kematangan politik antara Bersatu – Pas dan UMNO.
“Perkara ini akan menyebabkan politik negara berkocak kembali setelah beberapa minggu dalam keadaan tenang,” katanya lagi.
Bersatu hari ini menyatakan rasa kesal dengan penggulingan Menteri Besar daripada parti itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Dalam kenyataan media malam tadi, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya ambil maklum bahawa Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Faizal telah ditolak oleh UMNO dan Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette
Merepek betoi. Dah tau org tak nak, dok sondol lg. Kasi ja diorg pilih org yg diorg suka. Klu diorg suka DAP pun kasi ja. Kami rakyat perati saja sementara tunggu PRU 15 nti.
Melayu tikam Melayu… Kahkahkah… Pengkhianat kena tikam dgn pengkhianat bangsa
Kerusi bersatu ciput.. Ada hati nak jadi MB. Sedar la sikit.
baru berakal kepala otak abah ko n anak beranak ko semua,
ada hati nak pedajal org,org bagi muka,nak berlagak besar kepala pulak,
padan muka!
ni sorng lagi…masih tak paham paham…parti ko ni nyawa2 ikan…lps pru 15 ntah wujud ke idak..
budaa tadika pun tah kira mana satu yg paling byk tu lah jadi MB
Perasan bagus. Dulu Bersatu bergantung talian hayat kpd bantian DAP dan Pkr. Akar umbi sendiri pun siput berlagak hebat. Lps Pru15, Bersatu tinggal batu nisan.
Wah! Di Sabah, walaupun UMNO menang lebih banyak dari Bersatu, siang2 korang dah sebat jawatan Ketua Menteri dgn alasan PN menang lebig banyak..tp kat Perak ko menang ciput …tu pun yg ada balance2 katak, ko nak claim MB lagi yer..musibat punya manusia gila kuasa