Home Nasional KWSP: Kalau pengeluaran tanpa syarat tak perlu tunggu dua bulan – Najib

KWSP: Kalau pengeluaran tanpa syarat tak perlu tunggu dua bulan – Najib

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu mengambil masa untuk menyemak berjuta-juta helai bukti dokumen pemohon i-Sinar jika pengeluaran Akaun 1 dijadikan tidak bersyarat.

Malah, jika pengeluaran syarat, kakitangan kaunter KWSP juga tidak terbeban, selain risiko penularan Covid-19 juga dapat dikurangkan jika berjuta ahli tidak perlu beratur di pejabat KWSP untuk menyerah dokumen.

Oleh itu, Najib meminta KWSP memberi pertimbangan pengeluaran Akaun 1 dilakukan tanpa syarat.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias yang memaklumkan organisasi itu hanya memerlukan dua bulan sebelum i-Sinar menerima bayaran pertama.

Ini kerana, KWSP akan cuba percepatkan bayaran tapi ianya akan ambil masa untuk menyemak berjuta-juta helai bukti dokumen.

”Kita kira 3 bulan (awal bulan Disember, iaitu kini. hingga akhir bulan Februari) sebelum pemohon i-Sinar menerima bayaran pertama tapi KWSP kira 2 bulan sahaja.

”Tapi tak kisah 2 bulan atau 3 bulan, mereka yang lemas setelah menghadapi pandemik sejak 10 bulan dahulu tetap akan rasa ianya masih terlalu lama untuk tunggu jika dibandingkan dengan program i-Lestari dulu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki pula berkata, wawancara Tunku Alizakri dengan sebuah stesen televisyen menyebabkan rakyat makin keliru dan celaru.

Soalnya, apakah jaminan proses semakan dokumen berjuta-juta helai dapat selesai dalam jangka masa pendek.

“Adakah pihak KWSP sedar yang rakyat sedang melalui saat-saat yang sukar ketika ini dan perlukan pelampung segera?

“Kenapa susah sangat hendak membenarkan rakyat keluarkan wang simpanan mereka?,” katanya.

Asyraf meminta KWSP cukup-cukuplah memberikan pelbagai alasan yang makin menampakkan kecelaruan dan ketidakbijaksanaannya.

Tegasnya, Pemuda UMNO tetapi menuntut semua syarat dimansuhkan dan permudahkan pengeluaran i-Sinar. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ternyata bhw kenyataan dr menteri… Lbh 8.2 juta pencarum akan menerima faedah dr i-sinar kwsp…adalah satu PEMBOHONGAN NYATA…..

  2. Satu jer nk tanya..KWSP ada duit ke x… TOLONG JAWAB DENGAN JUJUR KAMI PENCARUM KWSP NAK TAU ADA KE TIDAK DUIT DALAM KAMI DALAM KWSP KALAU BETUL ADA BAGI JER LAH KENAPA BANYAK SANGAT KARENAHNYA.

Comments are closed.