KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa turut menjadi menyumbang kepada penurunan semakan penarafan Malaysia oleh Fitch Ratings.
Datuk Seri Najib Razak berkata, selain gelombang ketiga Covid-19 dan ketidakstabilan politik yang menjadi faktor semakan penurunan penarafan, peningkatan defisit yang meningkat semula sejak tahun 2018 turut menjadi penyumbang.
Juga kenaikan nisbah hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, kenaikan semula kebergantungan hasil minyak dan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) turut menjadi faktor pendorong.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pemimpin-pemimpin PH perlu ingat bahawa merekalah yang menaikkan semula defisit kerajaan sedangkan telah diturunkan selama lapan tahun berturut-turut semasa Kerajaan Barisan Nasional memerintah.
Katanya, PH juga yang naikkan semula nisbah hutang kepada KDNK dari 48.7% pada suku pertama tahun 2018 kepada 54.4% semasa Kerajaan PH tumbang dan dinaikkan lagi oleh Perikatan Nasional kepada 60.7%.
PH turut menaikkan semula kebergantungan negara kepada hasil minyak sehingga penarafan Petronas telah diturunkan dua kali masa PH.
Selain itu, PH juga yang mansuh GST dan menyebabkan daya kewangan kerajaan untuk melawan Covid-19 dan membantu rakyat menjadi lemah.
Akibatnya, ekonomi gelap yang nilainya RM300 bilion setahun terlepas dari cukai.
“PH perlu ingat ini. Ada hati untuk bertahun-tahun lamanya tuduh Najib menjahanamkan negara dan membankrapkan negara?
“Pada masa saya PM dan Menteri Kewangan, tidak pernah negara hilang penarafan gred A kita walaupun tempoh itu termasuk masa negara berdepan dengan krisis ekonomi global tahun 2008-2009 dan juga krisis harga minyak dunia tahun 2014-2016.
“Ingat itu, PH,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Dah dah lah Najib,bayar hutang 1MDB awak tak sebut pun sebagai salah satu penyebab nya.Awak menyamun duit rakyat dan telah dijatuh pun hukuman.Kalau awak tak ada rasanya Malaysia ni aman.Awaklah penyebab keadaan kacau bilau terjadi.
Kalau pakar dari born of semburit jadi PM.mungkin boleh dpt A++ kot..apa kata pendapat anda wahai en abd muttalib mohd zain?…tapi jgn pula awak nk atok 95 jadi PM sbb klau dia jadi PM mati lah rakyat masa2,covid ni dia suruh ikat perut sedang kan dia anak beranak makam sampai cirit-birit.