Home Politik MB Kedah biadap, tak sesuai guna perumpamaan minum todi – Papagomo

MB Kedah biadap, tak sesuai guna perumpamaan minum todi – Papagomo

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

KUALA LUMPUR – Walaupun bersetuju dengan tindakan tegas kerajaan negeri Kedah merobohkan kuil yang dibina atas tanah kerajaan namun pada masa cara ia Menteri Besar menanganinya amat dikesali.

Kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih popular dengan panggilan Papagomo, kenyataan Muhammad Sanusi Md Nor dalam mengendalikan isu perobohan ini sangat biadap serta tiada etika.

Kata Papagomo dalam satu kenyataan, tindakan Menteri Besar selaku pemimpin nombor satu Kedah sebenarnya sungguh memalukan kerana menggunakan kata-kata tidak sewajarnya dalam memberi gambaran tentang krisis berkenaan.

“Saya menyokong tindakan meroboh kuil yang dibina atas tanah kerajaan kerana sepertimana yang kita tahu isu kuil ini bukanlah satu isu yang baru yang mana telah berlaku saban tahun dan boleh dikatakan melibatkan hampir semua negeri.

“Ada pihak yang mengambil kesempatan atas keterbukaan kerajaan sebelum ini yang dengan sengaja membina rumah ibadat walaupun tahu tapak tersebut bukan lah digazetkan untuk rumah ibadat apatah lagi dengan menceroboh tanah hak milik kerajaan.

“Memang sewajarnya tindakan tegas diambil kepada semua rumah ibadat haram agar pada masa depan tidak menimbulkan konflik yang akhirnya menjerumus kepada perbalahan perkauman dan agama sepertimana yang berlaku di negeri Selangor tahun 2018 di kuil Sri Maha Mariamman.

“Tetapi MB Kedah yang memberikan perumpaan ‘minum todi’ kepada masyarakat India merupakan kenyataan yang biadap dan tidak beretika sama sekali.

“Kenyataan tersebut telah melemparkan satu persepsi jahat dan tidak baik kepada masyarakat India seolah olah semua masyarakat India di negara ini ‘Kaki Todi pemabuk’,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol – MB Kedah

Papagomo mengulas kenyataan Muhammad Sanusi yang membuat teguran terhadap pemimpin MIC dan DAP semalam sambil memberikan perumpamaan ‘mabuk todi populariti’ hanya kerana mahu menunjukan jaguh kaum dalam isu perobohan kuil.

Bagaimanapun tindakan Muhammad Sanusi mendapat kecaman kembali daripada rata-rata pimpinan India yang merasakan ianya cukup menjatuhkan maruah dan menjengkelkan.

Papagomo berkata, hakikatnya sebagai pemimpin Pas, Menteri Besar Kedah sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk seperti itu kerana mungkin ada cara lebih baik untuk menangani isu tersebut.

“Beliau patut malu dengan kenyataan seperti itu. Ini kerana bukan sahaja mengambarkan sikap angkuh kerajaan negeri malah mengambarkan seorang pemimpin Melayu Islam yang begitu celupar mulut membuat hinaan kepada kaum India.

“Saya harap Menteri Besar dapat membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat India diatas percakapaan nya yang jelas melemparkan penghinaan kepada masyarakat India Malaysia.

“Kita rakyat Malaysia berbilang bangsa dapat bertoleransi antara satu sama lain dalam apa isu sekalipun.

“Tidak ada masaalah yang tidak dapat diselesaikan dan kita yang pelbagai kaum hidup di Malaysia ini telah sama sama membangunkan negara ini hingga menjadi contoh kepada dunia luar betapa harmoninya kita dan bukan sebaliknya,” tegasnya. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenyataan MB Kedah ‘melampaui batas’ – Makkal Sakthi

 

 

8 Komen

  1. Bodoh punya papagomo! Lain kali baca habis sebelum buka Mulut kau tu! MB Kedah tujukan perumpamaan Todi tu pada Pemimpin MIC & DAPigs sahaja, bukan pada seluruh masyarakat dia. Kau pun nak jadi Kaki BELIT macam keling MahaKUTTY ke?

  2. NAK guna istilah ARAK atau alkohol TUAK atau KHAMMAR atau AYAK yang memabukkan…semua tu temasuk todi memang HARAM dan meMABUKKAN…termasuk berdosa besar peminum,penghidang.pembawa pemandu penulis bil resit.penghias meja dsbagainya berkaitan ARAK

  3. Samsu, tuak, arak, wine, whisky, todi tu semuanya TODI la woi, apa masalah dengan Papagomo ni? TODI membawa malapetaka dan mudarat kepada orang ramai!

  4. Kenyataan MB KEDAH bermaksud jika dah beritahu mengenai undang2 majlis@pbt MIC masih lagi nak putarbelit tegang benang basah UMPAMA ORANG YANG MABUK ARAK / TODI / KHAMMAR/ TUAK/ KETUM .

  5. MB kedah ckp tu mmg betol pon keling rata2 mmg kaki todi walaupun tak semua tpi 90 peratus dari mereka mmg kaki tuak! Papagomo keturunan keling kot atau dia pin kaki minum jgj kot.

  6. Kedai todi Keling sememangnya bangga dan nampaknya berasa terhormat minum todi secara terbuka mabuk todi di mana segelintir Melayu perasan tak sedar diri ikut serta keling kaki todi juga yang memalukan bangsa Melayu jer.

Comments are closed.