Home Nasional Projek Melaka Gateway perlu lebih masa untuk dilaksanakan – Adly

Projek Melaka Gateway perlu lebih masa untuk dilaksanakan – Adly

Projek mega bernilai RM43 Melaka Gateway yang dikendalikan oleh KAJ Developement (KAJD) diakui mempunyai masa depan cukup cerah dengan tarikan berbilion ringgit dari pelaburan asing.

KUALA LUMPUR – Projek mega bernilai RM43 Melaka Gateway yang dikendalikan oleh KAJ Developement (KAJD) diakui mempunyai masa depan cukup cerah dengan tarikan berbilion ringgit dari pelaburan asing.

Sebaliknya ianya juga memerlukan tempoh masa yang lebih panjang bagi pelaksanaan  dan perancangan yang lebih strategik serta dilaksanakan fasa demi fasa.

Itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil (ADUN), Adly Zahari yang juga bekas Ketua Menteri Melaka baru-baru ini.

“Melaka Gateway telah berjaya dipromosi dengan baik dan dikenali oleh pelabur dari Jepun, China, Timur Tengah dan Eropah.

“Sepanjang pentadbiran selama 22 bulan, pelbagai pihak berminat untuk mengambilalih pembangunan Melaka Gateway, walaubagaimanapun kerajaan negeri ketika itu berpegang kepada perjanjian yang telah dibuat.

“Kontrak yang ditandatangani pada 2017 dengan tempoh konsesi penambakan sehingga 3 Oktober 2020 adalah tidak praktikal untuk membolehkan projek ini dijayakan.

“Projek penambakan seluas 609 ekar dengan anggaran pelaburan sebanyak RM43 billion memerlukan tempoh masa pelaksanaan yang lebih panjang dan perancangan yang lebih strategik serta dilaksanakan fasa demi fasa,” katanya melalui kenyataan baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemaju Melaka Gateway kecewa projek RM43 bilion dibatalkan Kerajaan Negeri

Melaka Gateway adalah projek pembangunan komersial syarikat swasta seluas 246.4 hektar yang terdiri daripada tiga pulau baharu dengan dua daripadanya adalah buatan manusia.

Ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025. Setakat ini, sebanyak RM700 juta dibelanjakan sejak awal pembangunannya pada 2014.

Bagaimanapun, 3 Oktober lalu, Kerajaan Negeri Melaka menamatkan perjanjian penambakan laut projek itu bersama KAJD.

Kata Adly, sepanjang pentadbiran selama 22 bulan, pelbagai pihak berminat untuk mengambilalih pembangunan Melaka Gateway, walaubagaimanapun kerajaan negeri ketika itu berpegang kepada perjanjian yang telah dibuat.

“Tindakan penamatan konsesi penambakan laut oleh Kerajaan Negeri Melaka kepada syarikat KAJD  melalui notis bertarikh 16 November 2020 dikhuatiri akan menyebabkan antaranya tindakan mahkamah kepada Kerajaan Negeri.

“Juga menjejaskan keyakinan pelabur luar untuk melabur di Negeri Melaka dan kerugian masa kerana beberapa kelulusan pembangunan telahpun  diperolehi.

“Sewajarnya Kerajaan Negeri Melaka dan KAJD menyelesaikan isu pembangunan ini melalui perundingan bagi memastikan pembangunan di Melaka Gateway dapat diteruskan.

“Juga menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan serta menjana ekonomi untuk kesejahteraan rakyat di Melaka,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka Gateway: Sanggupkah kerajaan negeri hilang berbilion ringgit?