Home Politik Kenyataan MB Kedah tidak mencerminkan seorang pemimpin Melayu Islam

Kenyataan MB Kedah tidak mencerminkan seorang pemimpin Melayu Islam

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah didakwa tidak sensitif apabila melabelkan masyarakat India di Malaysia sebagai kaki mabuk.

Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan, Thenakeran Rajagopal berkata, sebagai seorang Menteri Besar, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap masyarakat India.

”Kami dari Amanah berpendapat bahawa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dari Pas tiada nilai diri dan mesti merasa malu dengan kenyataan yang dibuatnya.

”Ini juga menunjukkan sikap angkuh pemimpin Pas, yang tidak ada tolenrasi sesama kaum dan tidak mengambarkan sebagai seorang pemimpin Melayu Islam,” katanya.

Katanya, masyarakat India memang membantah tindakan kerajaan Kedah merobohkan rumah ibadat yang dibina di atas tanah negeri.

Artikel berkaitan:Janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol – MB Kedah

Tegas Thenakeran, Muhammad Sanusi tidak mengenal budi dan tahu sejarah pengorbanan yang telah diberikan oleh kaum India untuk pembangguan ekonomi Malaysia dan Negeri Kedah.

Lantaran itu, beliau berkata, Menteri Besar Kedah perlu meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat India dan tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. betul la kata MB tu…dia bukan tuju semua Org India , beberapa …faham tak beberapa …x kan bahasa mudah mcm tu u x faham…aduhhh..

Comments are closed.