Home Dunia Penduduk Eluru tiba-tiba tidak sedarkan diri

Penduduk Eluru tiba-tiba tidak sedarkan diri

NEW DELHI – Kerajaan India sedang menyiasat punca penyakit tidak dikenali yang menyebabkan lebih daripada 200 orang dimasukkan ke hospital pada hujung minggu lalu.

Para pesakit, dari Eluru di Andhra Pradesh, mempunyai pelbagai gejala dari rasa mual hingga dan tiba-tiba tidak sedarkan diri, kata doktor.

Hospital do Eluru sedang mengosongkan katil-katil sebagai tindakan siap sedia.

Penyakit itu muncul ketika India masih bergelut dengan wabak koronavirus.

Media tempatan mengatakan kesemu pesakit terbabit telah menjalani ujian koronavirus, tetapi semuanya negatif.

Seorang pegawai perubatan di Hospital Eluru memberitahu The Indian Express: “Mereka yang jatuh sakit, terutama kanak-kanak, tiba-tiba mula muntah setelah mengadu matanya panas.

”Sebilangan daripada mereka pengsan atau mengalami serangan sawan,” katanya.

Majoriti mereka dikejarkan ke hospital.

Menteri Kesihatan Andhra Pradesh, Alla Kali Krishna Srinivas memaklumkan sampel darah yang diambil tidak menemui bukti jangkitan virus.

””Kami menolak pencemaran air atau pencemaran udara sebagai penyebabnya setelah pegawai mengunjungi kawasan tempat penduduk tiba-tiba jatuh saki.

“Ini adalah penyakit misteri dan hanya analisis makmal yang akan mendedahkan puncanya,” kata beliau. – MalaysiaGazette