TEHRAN – Mesingan yang dikawal oleh kecerdasan buatan (AI) yang dikendalikan secara satelit telah digunakan dalam pembunuhan saintis nuklear terkemuka di Iran minggu lalu.
Pengesahan itu dibuat oleh Timbalan Komandan Pengawal Revolusi pada sidang media.
Mohsen Fakhrizadeh sedang memandu di jalan raya di luar ibu negara Iran, Teheran dengan kawalan 11 pengawal pada 27 November, ketika mesingan itu ‘zoom’ pada wajahnya dan melepaskan 13 tembakan, kata Jeneral Ali Fadavi.
Mesingan itu yang dipasang pada pikap Nissan dan “hanya tertumpu pada wajah Mohsen walaupun hanya berjarak 25 sentimeter (10 inci), tidak digunakan dalam kejadian itu,” kata agensi berita Mehr.
Sebaliknya, senjata itu “dikendalikan dalam talian” melalui satelit dan menggunakan “kamera canggih dan kecerdasan buatan” semasa melakukan sasaran.
Fadavi berkata, ketua pengawal keselamatan Mohsen terkena empat peluru sebelum ia terkulai di atas tubuh saintis itu.
Tegas beliau, tiada pengganas berada di tempat kejadian ketika itu.
Iran secara konsisten menuduh Israel dan Kumpulan Mujadeheen Iran yang dibuang negara sebagai dalang peristiwa tersebut.
Media Iran sebelum ini melaporkan, senjata buatan Israel ditemui di lokasi.
Pelbagai dakwaan muncul mengenai kematian saintis itu, dengan kementerian pertahanan awalnya dakwa Mohsen terperangkap dalam tembakan dengan pengawalnya, sementara agensi berita Fars pula melaporkan tentang senapang mesin automatik kawalan jauh yang membunuhnya.
Menteri Pertahanan Iran, Amir Hatami, Mohsen adalah salah seorang timbalannya dan mengetuai Pertahanan dan Penyelidikan dan Inovasi Organisasi kementerian tersebut, dengan fokus pada bidang “pertahanan nuklear. – MalaysiaGazette