BRUSSELS – Gelombang kedua Covid-19 yang melanda Kesatuan Eropah (EU) terbukti lebih teruk berbanding daripada yang pertama selepas angka purata kematian setiap hari pada 24 November lalu melebihi 4.000 orang untuk pertama kalinya sejak bulan April.
Sembilan bulan setelah wabak itu, gelombang kedua di EU hampir sama dengan serangan pertama virus berkenaan.
Data tersebut, yang merangkumi 27 negara anggota Kesatuan Eropah dan juga United Kingdom menjadi petunjuk jelas mengenai cabaran yang dihadapi para pemimpin EU, dengan banyak tekanan untuk meredakan koronavirus menjelang sambutan Krismas.
Dalam tiga bulan pertama gelombang kedua, sebanyak 16 negara EU telah melepasi jumlah kematian yang dicatatkan semasa gelombang pertama dari Februari hingga September.
Beberapa negara EU yang berjaya mengelak wabak besar pada musim bunga, telah mengalami gelombang kedua.
Republik Czech, yang merekodkan kurang dari 500 kematian semasa gelombang pertama telah mencatatkan hampir 8,000 kematian sejak 1 September lalu.
Crotia pula berusaha untuk menghidupkan kembali sektor pelancongannya yang merangkumi sekitar satu per lima ekonominya, dengan membuka sempadan 1 Julai kepada pelancong dari semua negara.
Negara-negara itu sedang berdepan dengan lonjakan kematian semasa gelombang kedua – lapan kali ganda berbanding jumlah gelombang pertama.
Itali sekali lagi berusaha untuk memastikan wabak koronavirusnya dikawal dengan jumlah kematian gelombang kedua akan sepadan dengan bulan-bulan awal wabak ini.
Kematian harian meningkat melebihi 800 pada 24 November untuk pertama kalinya sejak Mac.
Namun, negara-negara EU yang lain berjaya menangani penularan virus ini.
Ireland telah mencatatkan kurang daripada 300 kematian sejak 1 September, hanya 15 peratus daripada jumlah gelombang pertamanya, setelah sekatan kedua paling ketat di Eropah dilaksanakan.
Banyak negara EU telah menetapkan peraturan dan sekatan yang ketat.
Jerman telah memperluas langkahnya, termasuk mengehadkan restoran untuk hanya menawarkan perjumpaan makan malam dan persendirian kepada lima orang sehingga 20 Disember ini.
Greece pula melanjutkan sekatan tetapi membenarkan penduduk meninggalkan rumah hanya untuk membeli-belah, bersenam dan bekerja sahaja.- MalaysiaGazette