Home Ekonomi Ketegangan China-AS pacu kejatuhan harga minyak

Ketegangan China-AS pacu kejatuhan harga minyak

Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak mentah jatuh 1% berikutan lonjakan kes jangkitan koronavirus dan ketegangan yang meningkat antara Amerika Syarikat dan China melemahkan kesan positif perjanjian pengeluaran minyak oleh OPEC+.

Minyak mentah Brent turun sebanyak AS$0.46 atau 0.9% kepada AS$ 48.79 setong.

Manakala minyak mentah Amerika Syarikat susut AS$0.50 atau 1.1%, menjadi AS$45.76 setong.

Harga berada di bawah tekanan setelah Reuters melaporkan Amerika Syarikat siap sedia untuk melaksanakan sekatan terhadap 12 orang pegawai China yang didakwa tidak mengesahkan pelantikan wakil rakyat pembangkang di Hong Kong.

Ketegangan antara dua pengguna utama minyak dunia itu memberi kesan kepada pasaran minyak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

China, pengimport minyak mentah paling banyak di dunia, telah membantu menyokong harga minyak mentah tahun ini.

Dalam 11 bulan pertama tahun ini, China mengimport sejumlah 503.92 juta tan, atau 10.98 juta tong sehari, meningkat 9.5% berbanding tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.