Home Nasional RM6.8 juta untuk naik taraf sistem e-Kasih

RM6.8 juta untuk naik taraf sistem e-Kasih

Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin UMNO ministers cabinet
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyuntik sejumlah RM6.8 juta untuk penggunaan teknologi baharu bagi menaik taraf sistem pangkalan data e-Kasih.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penggunaan teknologi baharu itu nanti berupaya meraih kesan positif ke arah pelbagai usaha penyaluran bantuan.

“Kita tahu sistem e-Kasih dibangunkan sejak 2007 dan diuruskan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) adalah sistem lama dan tidak berapa berkesan.

”Justeru itu, kita akan memperkemaskan sistem ini dengan menggunakan teknologi baharu supaya dapat memberi data lebih tepat,” katanya pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (PN-Tambun), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung keberkesan e-Kasih dan sama ada kerajaan berhasrat untuk menaik taraf sistem berkenaan.

Muhyiddin berkata, nama e-Kasih akan terus dikekalkan meskipun usaha memperkemas kualiti e-Kasih bakal menggunakan kaedah baharu. – MalaysiaGazette