Home Politik Pengeluaran i-Sinar: Pencarum jangan putus harap

Pengeluaran i-Sinar: Pencarum jangan putus harap

Asyraf Wajdi Dasuki

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak menepati kriteria-kriteria pengeluaran i-Sinar masih ada peluang untuk mengeluarkan caruman masing-masing.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki meminta pencarum-pencarum jangan putus harapan kerana pergerakan itu akan terus berjuang demi rakyat.

”Insya Allah, jangan putus harapan. Masih ada peluang. Kami Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus berjuang demi rakyat!,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan KWSP yang memaklumkan cadangan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat kemudahan i-Sinar akan dibentang dan dibawa kepadpertimbangan Ahli Lembaga dan seterusnya Kementerian Kewangan.

Asyraf berkata, kenyataan media itu turut menyaksikan KWSP mengakui wujud syarat dalam pengeluaran i-Sinar, berbeza nada sebelum ini yang berdolak-dalih seolah-olah skim tersebut tidak ada syarat tetapi cuma kriteria. – MalaysiaGazette