Home Sukan Senator cadang letak wajah Maradona pada wang kertas

Senator cadang letak wajah Maradona pada wang kertas

BUENOS AIRES – Seorang senator di Argentina mencadangkan gambar bintang akhir bola sepak, Diego Maradona diletakkan pada wang kertas baharu.

Maradona, pernah membawa Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia pada 1986.

Mendiang meninggal dua minggu lalu pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.

Senator Norma Durango ketika membentangkan rang undang-undang itu kepada Kongres pada hari Isnin, mencadangkan gambar lagenda bola sepak itu digunakan pada wang kertas 1,000 peso – nilai wang kertas tertinggi di negara ini.

Wang kertas itu dicadangkan menampilkan wajah Maradona pada satu bahagian wang berkenaan dan satu aksi gol popular mendiang pada bahagian yang lain.

“Idea ini bukan hanya untuk mengiktiraf idola terpenting ini, tetapi juga untuk memikirkan persoalan ekonomi.

“Saya berpendapat apabila pelancong datang ke sini, mereka ingin membawa ‘Maradona’ pergi bersama mereka,” kata Durango.

Dua gol Maradona paling terkenal berlaku semasa pada suku akhir Piala Dunia 1986 ketika menentang England.

Maradona menjadi kapten ketika Argentina memenangi kejohanan itu telah menewaskan beberapa pemain sebelum meledakkan gol untuk meletakkan Argentina 2-0 di depan, empat minit selepas menjaringkan gol kontroversi yang dikenali sebagai ‘Tangan Tuhan’.

Durango mengatakan keputusan akhir akan dibuat oleh penggubal undang-undang.

Maradona meninggal dunia selepas sembuh setelah menjalani pembedahan akibat pembekuan darah pada otak pada awal November lalu.

Lagenda bola sepak itu pernah menjaringkan 34 gol dalam 91 penampilan untuk Argentina, selain empat kali mewakilinya dalam empat siri kejohanan Piala Dunia. – MalaysiaGazette