KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO optimis dan positif Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bersama mereka di Perak.
Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada hari ini berhubung perkara yang sama.
Dalam mesyuarat sebelum itu, UMNO menetapkan tetap bersama Pas dan Bersatu di Perak selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO, Pas dan Bersatu di Perak perlulah diteruskan,” katanya dalam ciapannya hari ini.
Menurut Ahmad, kedua-dua rakan sejawatannya sudah menjawab suratnya dan masing-masing mahu mesyuarat parti disegerakan bagi membincangkan perkara yang sama.- MalaysiaGazette