ITALI – Bintang bek pertahanan Juventus, Alex Sandro dikatakan telah mempersetujui terma perjanjian untuk berpindah ke Stamford Bridge musim ini.
Pemain antarabangsa Brazil itu kini dilaporkan menghampiri penghijrahan ke skuad the Blues di bawah kendalian Pengurus Antonio Conte.
Nilai perpindahan sebanyak £60 juta atau RM328 juta dijangka dimuktamadkan untuk pemindahan pemain itu.
Pemain berusia 26 tahun itu telah menghabiskan masa dua tahun bersama kelab The Old Lady tetapi dikhabarkan kuat dengan penghijrahan ke Chelsea.
Sebelum ini Juventus menolak bidaan £45 juta atau RM246 juta dengan gaji RM32.8juta yang ditawarkan Chelsea untuk Sandro.
Kali ini Chelsea dijangka tampil dengan bidaan lebih tinggi sebanyak RM328 juta untuk memuktamadkan khidmat pemain itu.
Juventus dilihat tidak akan melayan sebarang bidaan dibawah RM328 juta sekiranya mana-mana kelab mahu mendapatkan Sandro.
Bagaimanapun, Juventus dikatakan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan mempunyai pemain gantian terbaik antaranya bek tengah Monaco benjamin Mendy dan bek kiri Manchester Unietd Matteo Darmian.
Ia hanya akan berlakus sekiranya juara Serie A terpaksa kehilangan Sandro kepada Chelsea nanti. – MalaysiaGazette