Home Sukan Penonton bakal kembali ke stadium

Penonton bakal kembali ke stadium

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima kunjungan daripada delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia yang diketuai oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Selepas hampir 10 bulan ‘berehat’, penonyon akhirnya bakal kembali beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi berita gembira itu buat peminat bola sepak berkemungkinan besar akan kembali dibenarkan memasuki stadium untuk saingan musim baharu nanti.

Jelas Tunku Ismail yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu, ketika ini satu prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka bagi merealisasikan impian penyokong untuk menyaksikan pasukan masing masing beraksi di stadium.

Bagaimanapun, jumlah penonton yang dibenarkan adalah berdasarkan kapasiti stadium dengan hanya 10 peratus penyokong akan dibenarkan masuk.

“Berita gembira. SOP. Progress. Akan datang. Bola sepak akan kembali.

“Kali ini dengan penyokong. 10 peratus dari kapasiti stadium,” kata Tunku Ismail menerusi laman Instagramnya, semalam.