KLANG – Seorang warga emas yang membaca suratkhabar secara berseorangan di taman awam dikenakan saman RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak.
Selain menerima “nasib malang” yang tidak berbau itu sebagai satu iktibar, warga emas bernama Lee itu mengaku melakukan kesilapan dan bersedia bertanggungjawab atas kesalahan diri.
Walau bagaimanapun, dia juga berharap kompaun yang dikenakan oleh dikurangkan atau dibenar melunaskan bayaran secara ansuran bulanan.
Sinchew Dalily melaporkan, Lee yang merupakan orang guru tuisyen sambilan hanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM305.
Dalam kejadian pada pagi Selasa, Lee membaca suratkhabar seorang diri di taman awam berhampiran dengan rumahnya di Klang, Selangor, tetapi dikunjungi seorang anggota polis yang bertanya kenapa tidak memakai pelitup muka.
Lee menjelaskan bahawa terlupa membawa pelitup muka ketika keluar rumah dan taman awam juga kosong tanpa orang lain kecuali dirinya.
Alasan itu bagaimanapun tidak diterima dan polis mengeluarkan saman RM1,000, tetapi menasihatkannya supaya mengemukakan rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.
Disebabkan tidak tahu memandu kereta dan hanya menunggang basikal, Lee hanya boleh berkunjung ke sebuah klinik kesihatan kerajaan berhampiran, tetapi sekali lagi dia diminta untuk pergi ke Pejabat Kesihatan Klang, yang memakan masa perjalanan hampir sejam jika menggunakan basikal.
“Saya tahu saya perlu bertanggungjawab kerana melakukan kesalahan, tetapi saya meminta kompaun dikurangkan atau membenarkan saya membuat bayaran secara ansuran,” katanya yang pernah bekerja di bank sebelum bersara.
Beberapa pemimpin komuniti termasuk Ahli Majlis Perbandaran Klang telah menghubungi peguam untuk memberi bantuan guaman kepada warna emas itu. – MalaysiaGazette
MOHON PENCERAHAN dari MKN dan MENTERI…..tempat awam BERSENDIRIAN atau TEMPAT awam YANG SESAK ;;;PENGANGKUTAN awam DUDUK SENDIRIAN ATAU sesak dikompaun ???CONTOH lain mereka yang beriadah/JOGING/berbasikal/FUTSAL dsbgnya TIDAK digalak UTK GUNA MASK wpun d kawasan terbuka
Kawasan terbuka pak hang bolehlah hang buat apa yang hang suka. Lepas tu buat perangai loyar buruk pulak.
Gunalah budi bicara sedikit. Guna akal fikiran. Lihat keadaan sekeliling. Wajar atau tidak disaman atau diberi amaran di dalam keadaan sebegini?
RAKYAT MEMANG D LAHIRKAN UNTUK DI SAMAN.ADUN2,MP KEBAL,..BAIK PEMBANGKANG ATAW KERAJAAN SAMA SAJA,PAKAT NAYA RAKYAT DARI SEGI APA PON UNTUK KEPENTINGAN KUASA N JAWATAN SERTA UANG…
INILAH YB2,ADUN2 YANG RAKYAT PILIH JADI PEMIMPIN.
LoL….BUKAN JAGA RAKYAT,JAGA PEROT SENDIRI.
AKU TAK AKAN SEKALI MENGUNDI PARTI APA PON….
pak turut 9.24…ini bukan LOYAR BURUK..mohon PERJELASAN sebab rakyat keliru dengan DOUBLE STANDARD rakyat dan orang2 BESAR yang BESAR KEPALA .. KENA batang hidung Hang nanti jangan pula Maki Hamun DAN minta keadilan….harap maklum
kenapa baca surat khabar dekat taman awam kena kompaun???
wartawan pun tajuk tu biar la yang betul dan jelas,
Nama pun stay at home, bila keluar tempat awam pakai lah mask. Dalam perkara bagini tidak boleh bertolak ansur, tindakan perlu diambil agar yang lain beringat untuk patuhi arahan kerajaan.