Home Dunia 13 penumpang feri masih hilang

13 penumpang feri masih hilang

Salah seorang penyelam yang terlibat mencari mangsa feri karam di empangan Penol-Guatape. foto Reuters

COLOMBIA – Pasukan penyelamat meneruskan mencari 13 orang yang masih hilang selepas sebuah feri tenggelam di kawasan empangan air di utara-tengah Colombia yang telah mengorbankan tujuh orang.

Punca kemalangan itu masih belum diketahui.

Keadaan feri yang hampir tenggelam di empangan Penol-Guatape.

Empangan Penol-Guatape, lokasi popular untuk sukan air dan pelancongan ditutup kerana pencarian mangsa yang hilang sedang diteruskan.

Feri El Almirante membawa kira-kira 150 penumpang ketika kejadian itu berlaku.

“Setakat ini tujuh mati dan 13 masih hilang,” kata Ketua Agensi Bencana Negara, Carlos Ivan Marquez.

Pihak berkuasa juga menyiasat kenyataan sebahagian penumpang yang mendakwa mereka tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan. – MalaysiaGazette

+ posts