Home Nasional Kes cabul pelakon wanita, Youtuber direman 2 hari

Kes cabul pelakon wanita, Youtuber direman 2 hari

Seorang Youtuber direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang gadis berusia 24 tahun di sebuah inap desa pada Ogos lalu.-Gambar CherasDaily.

KOTA BHARU – Seorang Youtuber direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang gadis berusia 24 tahun di sebuah inap desa pada Ogos lalu.

Majistret, Kamarul Hasyime Rosli mengeluarkan perintah reman tersebut bermula hari ini terhadap suspek yang berusia 22 tahun, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang Youtuber terkenal tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek menyerah diri pada jam 10.30 pagi semalam seperti laporan Sinar Harian.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita berusia 24 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh suspek dan kejadian itu berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian di sini didakwa selepas tamat penggambaran drama melibatkan Youtuber berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Perintah reman tersebut bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati, mangsa dihubungi oleh rakannya yang menawarkannya untuk berlakon sebuah drama di Youtube.

Mangsa diperkenalkan kepada suspek dan kemudian ditawarkan berlakon dalam drama berkenaan.

Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik lalu mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani.- MalaysiaGazette