Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap isu “kartel” daging import yang mempunyai sijil halal palsu dimana gudang penyimpanan daging tersebut yang berlokasi di Senai, Johor telah diserbu oleh pihak berkuasa pada 1 Disember 2020.
Presiden Gagasan Baru Harapan Malaysia (GBHM), Mohd Zulfitri Mohd Basir berkata isu ini masih belum dapat diselesaikan dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Islam khususnya.
“Kami mahu SPRM siasat segera siapakah dalang sebenar di dalam Carter daging ini sehingga menyebabkan daging ini tersebar luas di seluruh Malaysia.