Home Dunia Miranda Kerr serah permata berbentuk hati kepada AS

Miranda Kerr serah permata berbentuk hati kepada AS

Miranda Kerr

LOS ANGELES – Model warga Australia, Miranda Kerr telah menyerahkan barangan kemas bernilai AS$8.1 juta yang disimpannya dalam kotak depositnya kepada ejen kerajaan Amerika Syarikat (AS).

The Wall Street Journal melaporkan baranga kemas itu termasuk hadiah hari kekasih berupa loket permata berbentuk hati 11.72 karat yang dihadiahkan oleh bekas teman lelakinya, Jho Low.

“Dari awal siasatan, Miranda Kerr memberi kerjasama sepenuhnya dan berikrar untuk menyerahkan pemberian barangan kemas kepada kerajaan,” kara jurucakap Kerr kepada akhbar itu seperti yang dilaporkan The Sydney Mornig Herald.

“Cik Kerr akan terus membantu siasatan itu yang mana boleh,”.

Model kelahiran Sydney berusia 34 tahun itu mula keluar dengan pengasas bersama Snapchat, Evan Spiegel pada 2015 dan pasangan itu berkahwin di Los Angeles pada bulan lalu.

Pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio juga terlibat dalam siasatan itu dan bersetuju untuk menyerahkan hadiah yang telah dikenalpasti dalam tuntutan undang-undang tersebut.

Barangan kemas itu telah dikenalpasti dalam tuntutan undang-undang penyitaan awam yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS. DoJ memburu aset haram yang dibeli daripada wang yang disalahgunakan dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dana tersebut menafikan sebarang salah laku dan Jho Low tidak didakwa melakukan jenayah.

Kerr dilaporkan keluar dengan Jho Low selama setahun pada 2014.