TEHRAN – Iran merancang untuk melancarkan empat penerbangan teksi mulai tahun depan.
Iran Daily yang memetik sumber Jawatankuasa Penerbangan Umum Syarikat Lapangan Terbang Iran (IAC) berkata, teksi udara itu akan beroperasi antara Lapangan Terbang Mehrabad dan Imam Khomeini selewat-lewatnya pada 20 Januari 2021
Operasi perintis akan dilakukan untuk pesawat dengan kurang empat tempat duduk.
Sebuah syarikat penerbangan domestik telah melabur dalam projek ini, menurut laporan itu.
Sebelum ini, media Iran melaporkan teksi udara akan dibenarkan untuk penerbangan jarak dekat disebabkan permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan tersebut.
Pada awalnya, operasi itu dibenarkan untuk membawa antara 10 hingga 15 orang penumpang sahaja.
Operasi teksi udara ini dibenarkan kerana kebanyakan lapangan terbang di Iran berada pada kapasiti yang rendah disebabkan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette