Home Politik Tak tahu macam mana lagi hendak nafi – Bung Moktar

Tak tahu macam mana lagi hendak nafi – Bung Moktar

Bung Moktar Radin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan spekulasi beliau antara 10 Ahli Parlimen UMNO yang mengemukakan akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu berkata, untuk memberi sokongan membabitkan SD bukan perkara yang mudah apatah lagi ia akan menentukan masa depan negara.

“Soal saya dikaitkan terserah pada diri sendiri. Kita secara individu tidak pernah menyokong mana-mana negara sebagai ketua negara.

“Saya telah nyatakan bulan lalu bahawa saya tidak pernah pun memberi sokongan, cuma orang mungkin buat spekulasi.

“Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu buat penafian lagi. Bila ada spekulasi, kita nafikan, macam itu sahaja kerja kita,” katanya dalam wawancara bersama Awani.

Bung Moktar mahu isu itu dihentikan kerana perlu memberi tumpuan kepada rakyat.

Stoplah perkara yang tidak baik ini. Yang di-Pertuan Agong kata kalau ada SD jumpa baginda, tak perlulah buat kenyataan.

“Jangan buat appointment dengan tangan kosong,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.