Home MG Flash Lapor Polis Jika Fitnah! Hadi Dapat Perkenan Menghadap Sultan | EDISI MG...

Lapor Polis Jika Fitnah! Hadi Dapat Perkenan Menghadap Sultan | EDISI MG 7.45mlm – 13 Dis 2020

Mana-mana pemimpin UMNO yang dikaitkan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Akuan Bersumpah (SD) dinasihatkan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), jika ia merupakan satu fitnah.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu bukan keputusan parti sama ada Majlis Tertinggi mahupun daripada Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).