Home Dunia PM Eswatini meninggal dunia akibat Covid-19

PM Eswatini meninggal dunia akibat Covid-19

Ambrose Dlamini. foto Agensi

JOHANNESBURG – Perdana Menteri Eswatini, Ambrose Dlamini yang disahkan positif Covid-19 empat minggu lalu meninggal dunia ketika dirawat di Afrika Selatan.

Beliau berusia 52 tahun.

“Saya diperintahkan untuk memaklumkan kematian Perdana Menteri, Ambrose Mandvulo Dlamini. Beliau meninggal pada petang ini ketika berada di bawah rawatan perubatan di sebuah hospital di Afrika Selatan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Themba Masuku dalam satu kenyataan.

Dlamini dipindahkan ke Afrika Selatan pada 1 Disember, untuk mendapatkan rawatan segera akibat Covid-19.

Pada masa itu, Masuku memaklumkan Dlamini dalam keadaan stabil dan bertindak balas dengan baik terhadap rawatan.

Dlamini dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2018, melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MTN Eswatini.

Beliau berpengalaman bekerja di industri perbankan selama lebih dari 18 tahun, termasuk menjadi Pengarah Uurusan Eswatini Nedbank Limited.

Negara Afrika Selatan yang berjumlah 1.2 juta orang setakat ini mencatat 6,768 kes positif penyakit pernafasan dengan 127 kematian yang disahkan, menurut kementerian kesihatan. – MalaysiaGazette

+ posts