KUALA LUMPUR – Cliff Umar menjadi Juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) selepas menewaskan enam finalis lain pada konsert akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dekat sini malam tadi.
Cliff atau nama sebenarnya penyanyi itu, Abdullah Umar Joseph Abdullah, 38, pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.
Naib juara disandang oleh bekas vokalis May, Muss yang pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.
Malam tadi dengan berpakaian watak Joker, Cliff menambat hati juri mendendangkan lagu I’d Do Anything For Love (duet bersama Noryn Aziz) sebelum seterusnya cemerlang pada segmen battle menerusi lagu Inilah Nasibku bersama Oja dan Muss.
Muss atau nama lengkapnya, Muss atau nama sebenarnya, Mustaffa Din, 52, membuat persembahan mantap pada segmen medley menerusi lagu Mencintaimu (duet bersama Azharina) dan segmen battle.
Penyanyi, Ayu Damit pula menerima hadiah wang tunai RM30,000 sementara tempat keempat diraih Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris yang pulang dengan hadiah wang tunai RM20,000.
Manakala Linda Nanuwil, Oja dan Ashira masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, RM10,000 dan RM5,000.- MalaysiaGazette