KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam telah selesai pada jam 6 pagi tadi.
Oleh itu, bekalan di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 telah mula disalurkan pada jam 6.50 pagi tadi, kata Air Selangor.
Bekalan air di enam kawasan itu dijangka pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari ini. – MalaysiaGazette