TERKINI : Isu Parti Elok Diselesaikan Secara Dalaman Dan Bermuafakat – Amirudin Shari

SHAH ALAM – Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak menolak kemungkinan ada pihak berniat mahu memecah-belahkan muafakat pimpinan dalam parti itu ekoran penularan perbualan Akmal Nasir baru-baru ini.

Justeru itu, perkara tersebut sepatutnya diselesaikan secara muafakat dan menerusi perbincangan dalam parti dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada anggota dan pimpinan untuk mengemukakan pandangan.