KUALA LUMPUR – Armada Nasional mendakwa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi tidak matang apabila mengaitkan cadangan gagasan baharu yang disuarakan Bersatu hanya menggalakkan pengkhianatan dalam politik.
Exconya, Afiq Nazmi Azharin berkata, kenyataan Mohd Puad itu jelas mencerminkan tunjang perjuangan parti Umno yang masih dibuai oleh budaya ‘superiority complex’ dan masih tidak sedar diri selepas dihukum rakyat sehingga kalah pada PRU-14 lalu.
Jelas beliau, UMNO masih berlagak sebagai ‘abang besar’ sedangkan rakyat sudah muak dengan retorik politik bekas parti pemerintah yang tersungkur itu.
“Mereka (UMNO) masih tak sedar diri, alpa dan lupa bahawa rakyat sudah pun menghukum mereka sebelum ini. Sekiranya jumlah keahlian yang dibanggakan oleh parti ini yang kononnya suara keramat akar umbi, di mana mereka semasa PRU-14?.
“Jelas sekali ahli akar umbi UMNO sendiri sudah muak dan kecewa dengan kepimpinan parti yang hanya berjuang bertunjangkan wang dan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Afiq Nazmi berkata demikian ketika menjawab pada kenyataan Mohd Puad baru baru ini yang mendakwa bahawa gagasan baharu yang ingin dibentuk hanya akan menggalakkan kerja khianat.
Beliau juga menegaskan tentang situasi Bersatu yang carca-marba masih tidak selesai dan kini pula mahu menubuhkan sebuah gagasan yang besar.
Ketua Armada Melaka itu juga menasihatkan UMNO supaya bangkit dari khayalan dan melihat realiti politik hari ini.
Ujar beliau, biar pun pedih untuk UMNO menerima kenyataan namun ia adalah sesuatu yang logik supaya mereka tidak terus ‘dibutakan’ dengan kisah silam.
“Janganlah kita terus menerawang dibuai mimpi dan terus menafikan realiti. Pedih bukan apabila kita berbicara tentang realiti.
“Namun itulah hakikat yang terzahir apabila ego dan kesombongan membutakan kita. Lupakah UMNO apabila Ketua Pemuda kamu sendiri yang mengisytiharkan gencatan politik untuk kita bersama-sama fokus mengharungi krisis pandemik Covid-19.
“Mereka mengisytiharkan gencatan politik namun merekalah yang sibuk menyerang parti-parti komponen di dalam Perikatan Nasional hampir setiap hari.,” jelas beliau.
Beliau berkata, kepimpinan melalui tauladan yang terpesong inilah yang diterapkan oleh pemimpin atasan UMNO sehingga menjadi ahli-ahli akar umbi turut terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat ini.
Namun amalan dalam Bersatu amat bertentangan dengan budaya UMNO walaupun matlamat perjuangan hampir sama.
“Kami tidak menghina dan mencaci mahupun mengeji kerana itu adalah satu sifat yang sangat jijik dan tidak patut dicontohi oleh anak muda pada masa kini.
“Bersatu juga telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin kami berjiwa besar dan serius dalam agenda mengintegrasikan parti-parti Melayu untuk berada di dalam satu gagasan yang besar.
“Walaupun mereka telah dikhianati namun demi sebuah perjuangan dan penyatuan maka tetap mereka telan serta redha dengan segala ketentuan yang telah berlaku,” katanya.
Secara tuntasnya ujar Afiq Nazmi, UMNO seharusnya lebih ikhlas dan terbuka dalam merealisasikan agenda mengintegrasikan parti-parti yang mampu membentuk sebuah gagasan yang besar.
Kata beliau, kesemua wakil rakyat mesti berhenti merebut kuasaan sebaliknya mengamalkan semangat penyatuan tinggi agar sosialisasi diantara parti komponen berada di tahap baik dan kukuh demi penyatuan di bawah kerajaan Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette
Ni manusia2 bebal dan tak sedar diri mcm ni laaa yg pecah belahkan Melayu…ko sendiri tak sedar diri musibat…berapa banyak Bersatu menang dlm PRU14? Yg kalah ialah BN tp UMNO sbg sebuah parti tunggal menang sbg parti terbesar di parlimen..patutnya lah parti ko ni penuh dgn katak2 lompat dan pengkhianat undi rakyat…malu lah org Melaka mcm ni..ko dgn Mas Ermiyanti Katak tu bikin malu org Melaka jer…baruah punya katak…
Buat kenyataan sekadar nak bagi orang kenal ke… ada angan2 nak jadi calon PRU15 ke….berpolitik baru setahun jagung ada hati nak berkokok…kencing ko pun bersepah lagi weii
yg tu kena hukum dlm pru-14…oke la. lepas tu yg kena hukum bederet dlm dalam prk apa crita.. tong kosong
Budak ni baru bebas dari pakai lampin dan pampers dah nak bercakap pasal negara.
Kau sedar tak kalau Abah kau tu dapat relapse balik sakit cancer pancreas dia tu, kau org semua nak bergantung kpd siapa untuk hidup? Azmin?? Hamzah Zainuddin?? Peja?? Semua tu nanti dalam PRU15 ni tak hilang wang deposit pun kira dah berjaya!!!
Pergi balik cari puting dan sumbat dalam mulut longkang kau tu!!!!