Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas lapan pertuduhan termasuk empat pertuduhan pilihan berhubung rasuah keseluruhan RM7,120 dalam perakuan cop pasport keluar dan masuk warga asing di antara 2018 dan 2019.
Tertuduh, Baliyan Mohd. Bhanudin, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.