
KUALA LUMPUR – Slogan No Anwar No DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa kerana senario politik sekarang berubah.
Orang berubah, pemikiran politik lagi cepat berubah, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.
Oleh itu, beliau berpandangan slogan No Anwar No DAP digunakan oleh beberapa pemimpin yang berjawatan kerana tidak mahu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.
Katanya, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula ‘tumpang semangkuk’ guna slogan No Anwar No DAP untuk menyerang UMNO kerana takut dan rasa terancam jika wujud kerjasama itu.
Tegas Mohd Puad, walaupun No Anwar No DAP adalah keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, tetapi beliau berpendapat UMNO tidak perlu terlalu rigid.
”Ia bukan soal membentuk satu gabungan baru. Ini hanya kerjasama politik. Seperti Pakatan Harapan (PH) sokong usul UMNO di Perak. Tidak salah. UMNO pun bukan ahli PN. Muafakat Nasional (MN) juga belum daftar.
”Kita harus terbuka dengan kerjasama politik. DAP dan PKR pernah sokong usul tergempar UMNO dalam Parlimen bila membantah serangan Israel di Palestin,” katanya.
Mohd Puad tidak menafikan ada akar umbi UMNO yang keliru tetapi mereka juga keliru apabila ada pemimpin UMNO yang berunding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tanpa pengetahuan MKT.
Tambahnya, dulu siapa terfikir Pas bergabung dengan DAP.
”Siapa terfikir Muslimat Pas julang bendera roket semasa Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil? Siapa terfikir Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO?
”Wajarkah mereka dianggap pengkhianat kepada orang Melayu dan Islam kerana menjatuhkan kerajaan Melayu dengan bantuan Anwar dan DAP?,”
”Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulen? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulen,” soalnya.
Menurut beliau, Lim Chong Eu pernah dipecat daripada MCA kerana terlalu cauvinis. Tetapi bila beliau membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama Barisan Nasional, Lim dilihat sebagai tokoh moderate.
”Maka jika perlu, apa salahnya kerajaan perpaduan bermula di Perak. UMNO mesti berani mempeloporinya demi kelangsungan rakyat. Kenapa mesti takut.
”UMNO luas pengalaman berpuluh tahun mentadbir negara dengan suhu perkauman yang sentiasa tinggi. Rusuhan kaum 1969 adalah pengajaran terbaik.
”Tetapi dengan formula BN 1974, peristiwa itu tidak berulang walaupun sentiasa panas. Bahkan MCA dan MIC ada kalanya lebih keras membangkitkan isu kaum.
”Apakah dengan pengalaman itu tiba tiba UMNO rasa takut dan lekeh untuk urus kerjasama dengan sesiapa hatta DAP. Yang penting kemampuan, kebijaksanaan, ketegasan, konsensus dan kejujuran politik,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette
Politik selalu berubah2 hingga rakyat pun resah gelisah. Ada yang menimbang untong rugi ada yang mengintai jawatan tinggi. Tinggal lah rakyat yang setia dalam selimut leka. Jadi alat menteri puaka.
si saka tua dah mula takut apabila dgr2 umno akan bekerjasama dgn dap dan pkr,
tu yg kelam kabut buat sidang media nk jadi pm balik,
dia ingat negara nie kepala bapak dia punya,
umno mesti ajar si saka tua dan khadam2nya yg berjawatan tinggi dalam kerajaan,
si saka tua dan khadam2nya langsung xsedar diri,xsedar dek untung,
dah dibantu berikan nyawa,ada hati nak kenakan majoriti yg membantu,
skrg rasakan,baru tahu langit tinggi ke rendah,
selagi si saka tua puaka anak beranak hidup,selagi tulah negara xkn aman
Tak de yg tak boleh digantikan, dan takde yg relevan selamanya ( merujuk kpd politik mesia).. yg memekak , mnyalak bukit ni dah tak relevan pun , lau nak makan sate vavi lantak kau lh.. podah..
Demi jawatan…
MAT ROSSI…Setuju dgn saudara…Kena ajar si saka tua tu bahkn kerosakan yg beliau telah lakukan lebih teruk berbnding dgn dap…