![](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/12/China-15-640x448.png)
BEIJING- China melaporkan 17 kes Covid-19 baharu pada 14 Disember berbanding 16 kes sehari sebelumnya.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, 14 daripada kes baharu itu adalah jangkitan dari luar negara.
Manakala tiga kes lagi penularan tempatan, dua di wilayah Heilongjiang dan satu lagi di Sichuan.
Jumlah kes baharu tidak bergejala tidak diklasifikasikan sebagai kes positif, menurun kepada lapan daripada sembilan kes sebelumnya.
Jumlah kes Covid-19 yang disahkan di China kini berjumlah 86,758 dengan kes kematian tidak berubah kepada 4, 634 kes. – MalaysiaGazette