Home Ekonomi Adidas timbang jual Reebok

Adidas timbang jual Reebok

Pembuat pakaian sukan Jerman, Adidas AG sedang menimbangkan pilihan strategik termasuk menjual pegangannya dalam Reebok.- Gambar hiasan.

BERLIN – Pembuat pakaian sukan Jerman, Adidas AG sedang menimbangkan pilihan strategik termasuk menjual pegangannya dalam Reebok.

Keputusan muktamad akan diumumkan pada 10 Mac depan apabila syarikat secara rasmi membentangkan strategi baharu mereka.

Menurut Adidas, pilihan strategik itu termasuk memberi pertimbangan sama ada mahu menjual Reebok atau mengekalkan jenama berkenaan sebagai sebahagian daripada syarikat.

Adidas membeli Reebok, syarikat yang berpangkalan di Bouston itu pada harga AS$3.8 bilion pada 15 tahun lalu namun kekurangan progres untuk memulihkannya menyebabkan para pelabur berulang kali meminta supaya jenama tersebut dilupuskan.

“Ia mungkin menjadi sasaran menarik ekuiti swasta atau peruncit pakaian sukan yang lebih kecil yang mahu menggunakannya bagi memasuki pasaran Amerika Syarikat,” kata Pengurus Portfolio Adidas dan pelabur Nike Seilern Investment Management, Michael Faherty.- MalaysiaGazette