KUALA LUMPUR – Jenazah Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pukul 8.50 malam tadi.
Jenazah Allahyarham kemudiannya terus dibawa masuk ke dalam masjid untuk solat jenazah.
Ketika ini, hanya kelihatan ahli keluarga dan beberapa rakan Allahyarham yang berada di pekarangan masjid.
Turut mencemar duli hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Hadir sama, tokoh wartawan, Tan Sri Johan Jaaffar dan bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Bagaimanpun, pihak masjid hanya membenarkan 40 orang dalam satu-satu masa bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Ungku Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Prince Court di sini kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 98 tahun akibat sakit tua. – MalaysiaGazette