Home Dunia Mengalami alahan selepas mengambil vaksin Covid-19

Mengalami alahan selepas mengambil vaksin Covid-19

Gambar hiasan

NEW YORK- Seorang pekerja kesihatan di Alaska mengalami reaksi alahan yang serius setelah mendapatkan vaksin Covid-19 yang dihasilkan Pfizer-BioNTech.

Mangsa dilaporkan telah stabil selepas dimasukkan ke hospital pada 15 Desember lalu, lapor akhbar The New York Times.

“Perkara ini masih tidak jelas jika pesakit tersebut mempunyai sejarah alahan sebelum ini”, menurut laporan itu.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat telah menasihati orang ramai yang mengalami alahan perlu berjumpa doktor bagi memastikan mereka tidak alah terhadap kandungan vaksin Covid-19.

“Sesiapa yang mempunyai sejarah anafilaksis terhadap ubat atau makanan tidak dibenarkan mengambil vaksin Covid-19”, kata Pengawal selia Perubatan Britain dalam kenyataan ini. – MalaysiaGazette