KUALA LUMPUR- Pakatan Harapan (PH) tidak perlu lagi membuang masa dengan ahli-ahli Parlimen kerajaan yang oportunis dan hanya memperalatkan pembangkang untuk kepentingan peribadi agar mendapat tawaran lebih lumayan daripada Perikatan Nasional (PN).
Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, PH perlu melakukan satu anjakan semula dengan memberi tumpuan kepada penyatuan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen pembangkang.
“Undian pada Selasa jelas menunjukkan bahawa 108 Ahli Parlimen yang menentang PN adalah jumlah yang sama yang kekal teguh bersama PH pada bulan Mac 2020.
“Tidak ada satu pun Ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Datuk Seri Anwar.
“Jelas Ahli Parlimen Kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” kata kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, masa dan sumber seharusnya digunakan untuk memberi perhatian kepada 108 anggota Parlimen pembangkang atau PH Plus.
Ini bagi memastikan perjuangan bersama rakyat berdasarkan prinsip-prinsip nilai demokrasi, urustadbir yang baik, anti-rasuah, kemajuan ekonomi dan keadilan sosial dapat ditegakkan.
“Undian Belanjawan pada hari Selasa telah mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 Ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 Ahli Parlimen PH.
“Andai kata berdasarkan 108 Ahli Parlimen PH Plus betapa kuat laginya!” katanya lagi.- MalaysiaGazette
Antara Titah Yang Di-Pertuan Agong Dan ‘Titah’ Setiausaha Keadilan, Amanah Dan DAP..Pembangkang yang jelas KHIANAT dan TOLAK MANDAT RAKYAT utk mengagalkan BELANJAWAN 2021..pembangkang telah jatuh KEMALUAN tetapi TETAP tiada RASA MALU pada YDPA dan rakyat…ALHAMDULILLAH urusan Negara DImudahkan ALLAH…TOLONG jangan salahkan LEBAI lagi
lepas ini mungkin lembaran baru 3 BEDUL MazeigWAR akan muncul pula utk bergabung Agenda rampas kuasa kerajaan Beta YDPA…MEROYAN terus di TG RAMBUTAN / TAMPOI /PULAU JERJAK
22 bulan yg penuh ranjau duri berbisa…busuk sebusuk bangkai…