KUALA LUMPUR – Pelabur asing membeli RM177 juta ekuiti Malaysia pada minggu lepas, mengimbangi aliran keluar RM99.6 juta pada minggu sebelumnya.
MIDF Research dalam laporan mingguannya berkata, pembelian asing paling tinggi pada hari Khamis kepada RM208.9 juta ketika kejatuhan harga minyak mentah, mendorong para pelabur tawar-menawar di bursa tempatan.
Ia seiring dengan pasaran serantau lain yang mengalami pembelian asing yang ketara terutama di Korea dan Taiwan.
Firma penyelidikan itu menambah, penyertaan asing adalah sederhana ,tetapi kekal pada tahap yang munasabah.
MIDF Research berkata, nilai dagangan harian purata harian (ADTV) turun sedikit di bawah paras RM1 bilion, menurun sebanyak 9 peratus daripada RM1.4 bilion kepada RM989.6 juta.
Tambahnya, dagangan asing aktif pada hari Selasa dan Rabu dengan nilai dagangan melebihi RM1 bilion pada kedua-dua hari tetapi momentum merosot menjelang hari Jumaat. – MalaysiaGazette