Home Utama Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan – Zafrul

Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan – Zafrul

Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan mengikut syarat pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan mengikut syarat pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan feri.

“Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan sebelum ini akan dibayar secara dua ansuran tahunan iaitu RM15 juta untuk tahun 2021 adalah termasuk dalam peruntukan yang diluluskan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.

“Baki RM15 juta akan disediakan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Isu berkaitan perkhidmatan feri berkenaan sebelum itu dibangkitkan Ahli Parlimen (PH-Bagan), Lim Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu sejak 126 tahun lepas akan diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Januari.

Manakala, feri sedia ada pula hanya digunakan sebagai medium pengangkutan bagi pengguna basikal dan motosikal. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tamat perkhidmatan feri, kasihanlah Pulau Pinang – Guan Eng

1 Komen

  1. Bot kecil Rohingya kelentong lagi hebat sering berjaya merentasi lautan luas samudera tanpa tenggelam dipukul ombak walaupun berlayar perlahan-lahan.

Comments are closed.