KANGAR – Mara menyediakan RM50 juta khusus untuk wanita yang berminat menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan menerusi Dana Nita, sepanjang tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara Zulfikri Osman berkata, menerusi program itu, pemohon boleh memperoleh bantuan maksimum RM50,000.
Beliau berkata, RM5 juta daripada keseluruhan peruntukan tersebut digunakan bagi melaksanakan kursus dan latihan untuk pemohon sebelum mereka layak membuat permohonan.
Peruntukan itu termasuk pembiayaan, latihan dan menjalankan aktiviti lain berkaitan keusahawanan, katanya.
“Perlis sinonim dengan perniagaan pakaian dan makanan. Perlis juga berada dalam kedudukan strategik kerana berada di sempadan antarabangsa.
Dalam hubungan ini, Mara yakin bidang keusahawanan teknologi berpotensi maju di Perlis berdasarkan banyak institusi latihan dan pendidikan selain agensi lain yang membolehkan usahawanan mendapat latihan formal,” kata Zulfikri. – MalaysiaGazette