Home Seni Hidup Alif Satar tarik diri dari AME2020

Alif Satar tarik diri dari AME2020

KUALA LUMPUR – Alif Satar menarik diri daripada mengacarakan Anugerah Meletop Era 2020 (AME) yang dijadual berlangsung pada 20 Disember ini.

Alif atau  Muhammad Alif  Mohd Satar berkata, beliau masih belum yakin  untuk menjadi pengacara program tersebut.

“Selepas fikir sedalam-dalamnya, saya memaklumkan pada Astro hasrat untuk penarik diri kerana secara peribadi saya merasakan masih belum cukup stamina saya untuk bersama-sama pasukan itu dalam AME2020,” katanya.

Justeru beliau mengambil keputusan untuk tidak mendatangkan masalah kepada kru produksi AME terutama dua rakannya yang bakal mengacara program anugerah itu Nabil dan Jihan.

“Saya juga harus berlaku adil kepada mereka berdua serta pasukan produksi yang sudah lama bertungkus-lumus menjalani latihan untuk AME, sedangkan ketika itu saya tidak dapat menyertai mereka,” jelasnya.

AME2020 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 20 Disember ini di Astro Ria dan Ria HD.-MalaysiaGazette