Home Dunia Presiden Chile didenda AS$3,500 tak pakai pelitup muka

Presiden Chile didenda AS$3,500 tak pakai pelitup muka

Presiden Chile, Sebastian Pinera.
SANTIAGO – Presiden Chile, Sebastian Pinera, didenda AS$3,500 (RM14,141) selepas menyiarkan gambar yang tidak memakai pelitup muka dengan orang awam di pantai, kata pihak berkuasa kesihatan.

Peraturan ketat Chile terhadap pemakanan pelitup muka di kawasan awam dan pelanggaran peraturan tersebut boleh dikenakan denda dan penjara.

Pinera telah memohon maaf dan menyerah diri tidak lama selepas gambar tersebut disiarkan di laman sodial media pada awal Disember, lapor Reuters.

Presiden itu menjelaskan, beliau berjalan berseorangan di sepanjang pantai berhampiran kediamannya di bandar Cachagua apabila seorang wanita mengenali beliau dan meminta bergambar bersama-sama.

Gambar swafoto itu menunjukkan Presiden tersebut dan wanita terbabit berdiri berdekatan pada hari yang panas, kedua-duanya tidak memakai pelitup muka.

Penularan pandemik Covid-19 memuncak di Chile pada Mei dan Jun lalu, semasa musim sejuk di hemisfera selatan, dan menurun pada November.

Bagaimananpun kes jangkitan meningkat semula menyebabkan peraturan baharu dan kuarantin dilaksanakan.

Sebanyak 581,135 kes Covid-19 dan 16,051 kematian dilaporkan di Chile sejak penularan virus tersebut pada Mac lalu. – MalaysiaGazette