Home Politik Saya sedia pertahan kerusi Ampang – Zuraida

Saya sedia pertahan kerusi Ampang – Zuraida

Zuraida Kamaruddin. foto HAZROL ZAINAL, 18 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zuraida Kamaruddin bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Naib Presiden PKR tu berkata, beliau bersedia menawarkan diri untuk bertanding di kerusi itu sekiranya bersetuju mengenai perkara itu.

“Saya rasa tak ada masalah untuk PPBM (Bersatu), kalau diberi restu sudah pasti saya akan bertanding di Ampang dan mempertahankannya daripada dirampas pembangkang pada PRU15 nanti,” katanya dalam majlis penyerahan 8,000 borang keahlian Bersatu Selangor di Ampang, dekat sini hari ini.

Hadir pada majlis, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Ditanya berkemungkinan wujud perebuatan kerusi dengan UMNO yang mana UMNO turut meletakkan UMNO pada PRU lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, situasi itu tidak akan berlaku kali ini.

“UMNO kan sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) takkan wijud situasi berebut kerusi, tak perlu risau,” ujarnya.

Sementara itu, Zuraida memberitahu, penyerahan 8,000 borang keahlian Bersatu Selangor itu melibatkan ahli badan bukan kerajaan (NGO), Penggerak Komuniti Negara (PKN) yang dilancarkan kementeriannya pada 2019 untuk mendekati dan memperkasa golongan B40 di seluruh negara.

Beliau yakinan dapat mencapai sasaran menarik 200,000 keahlian menjelang PRU15 walaupun tempoh masa yang singkat.

“Saya sebut begitu yakin capai sasaran itu kerana kita sudah ada orang jadi ahli cuma, pemprosesan keahlian itu belum selesai. Kebanyakannya bekas ahli Parti Keadilan,” tambah beliau.

Jelasnya, daripada jumlah keahlian itu, sebanyak 2,500 keahlian adalah dari kawasan Parlimen beliau.

“Ini satu proses integrasi yang sangat baik dan lancar dilaksanakan..ia akan menambah kekuatan Bersatu di Ampang dan membantu pertahankan kerusi Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa, sekaligus menjadi kubu kuat Bersatu dan menjadi model utama dari segi pengurusan gerak kerja kepada negeri-negeri lai,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata setakat Oktober 2018, Bersatu Selangor memiliki 55,000 dan dengan penambahan 8,000 ahli baharu hari ini berkemungkinan keahlian parti itu mencecah 70,000 orang.

Beliau optimis Bersatu Selangor boleh mencapai sasaran 200,000 ahli sebelum PRU15.

“Jentera Selangor parti itu sudah digerakkan dan sedang bekerja mengumpul ahli menjelang PRU15,”ujarnya. – MalaysiaGazette